Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

The basics

Quick Facts

Gender
Female
Birth8 April 1986
Age38 years
Star signAries
The details

Biography

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada (1986-04-08) 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor) merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School Singapore. Hasilnya, beliau telah mendapat lulusan “Higher School Certificate”. Selain itu, beliau juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat ibunya yang suka melukis.

Penglibatan dalam bidang perniagaan

Beliau juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” adalah berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh beliau sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Beliau telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.

Rujukan

Always & Forever

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.