Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian male veteran actor |
Places | Malaysia |
is | Military personnel Actor |
Biography
Sudiro Sukiman (1959 – 17 Oktober 2008) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Tapa dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3 dari 1988 hingga 1993.
Kehidupan awal dan kerjaya
Dilahirkan di Selayang, Selangor, Sudiro ialah anak sulung daripada tiga beradik. Beliau memulakan kerjaya sebagai pengajar separuh masa di Universiti Malaya, mengajar subjek teater. Sudiro mula meraih kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Tapa lakonannya dalam sitkom Rumah Kedai yang turut dibintangi bersama oleh Yusof Mohamad, Harun Salim Bachik dan Kartina Aziz. Sudiro pernah berkhidmat dengan Grand Brilliance dan TV3 selama 10 tahun sejak 1995 dan kali terakhir memegang jawatan penolong penerbit rancangan hiburan Muzik-Muzik.
Beliau pernah menulis skrip filem Jibon yang ditayangkan pada 1998. Allahyarham pernah menghasilkan skrip drama Badut, Cucu Nenek Joyah dan filem Baran. Pada sambutan kemerdekaan negara 2008, Sudiro sempat menghasilkan skrip drama Tok Mudim untuk TV2.
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 17 Oktober 2008 di Hospital Sungai Buloh akibat komplikasi pebagai penyakit termasuk kencing manis dan sakit jantung. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat Zohor.