Siti Fazurina

Malaysian actor
The basics

Quick Facts

IntroMalaysian actor
PlacesMalaysia
isActor
Work fieldFilm, TV, Stage & Radio
Gender
Female
Religion:Islam
Birth1982, Sungai Petani
Age42 years
The details

Biography

Siti Fazurina Mohd Famir (lahir pada 9 Jun 1982) atau lebih dikenali sebagai Siti Fazurina merupakan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Nina Fazurina Collection dan jual kek serta biskut, Nina Fazurina Cakes & Cookies.

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.

Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan. Beliau sering digandingkan dengan pelawak Zul Yahya bermula dengan siri tersebut hinggalah ke beberapa siri TV lain selepas itu seperti Misi Betty pada 2011. Siri komedi lain lakonannya yang tidak kurang popular adalah Kelab Jeng Jeng.

Di layar perak pula, beliau membintangi filem-filem komedi seperti Senario XX (2005) bergandingan bersama Saiful Apek, Estet (2010) arahan Mamat Khalid dan Baik Giler (2012) bersama Zizan Razak. Selain itu beliau juga berkemampuan membawa watak-watak dramatik seperti wataknya dalam siri TV Biarlah Rahsia dan Trilogi Cinta bersama Rosyam Nor.

Pada tahun 2017, Fazurina membintangi telefilem bertajuk Kalbu Pun Berzikir yang bakal ditayangkan di Astro Citra & Astro Mustika HD pada tarikh 26 Februari 2017. Beliau memulakan kerjaya pengarahan dengan mengarahkan teater Dara Ka Janda.

Kehidupan peribadi

Fazurina merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah biarpun beliau dilahirkan Hospital Besar Kuala Lumpur. Merupakan anak kedua daripada lima beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Dan Menengah Father Barre's Convent Sg.Petani Kedah. Beliau memegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra. Beliau juga telah berkahwin dengan Mohamad Hykal Zulkifli.

Filemografi

Filem

  1. Senario XX (2005)
  2. Estet (2010)
  3. Hantu Bukit Cina (2011)
  4. Baik Giler (2012)

Drama

  1. Puteri (2005- 2006)
  2. Dunia Anita (2005 - 2007)
  3. Kelab Jeng Jeng (2009 - 2010)
  4. Ceplos
  5. Misi Betty (2011)
  6. Biarlah Rahsia (2006)
  7. Cinta Rahsia (2007)
  8. Trilogi Cinta (2011)
  9. Hana (2013)
  10. Miss Kapten Cikgu Waiz (2017)

Telefilem

  1. Relung Kasih
  2. Pusara Ku Pelamin Ayah
  3. Ingin Terbang Jauh
  4. Bunga Terakhir
  5. Stok Lama
  6. Selangkah Ke Syurga
  7. Perigi Kontang
  8. Pendekar Latido
  9. Duda Berhias
  10. Cheongsam Untuk Ibu
  11. Bas Raya
  12. Tetamu Malam
  13. Tipah Torpedo
  14. Gurukah Aku
  15. Kalbu Pun Berzikir (2017)
  16. Huru Hara Raya (2017)
  17. Lok Lak
  18. Cikgu Pencen (2019)

Televisyen

  1. Sarapan Apa (RTM)

Iklan

  1. Iklan :- Telekom Olympic

Pencapaian

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
2002-03Dewi Remaja 2002-2003Finalis
2005Anugerah Skrin 2005Anugerah Bintang Baru Pantene 2005Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 07 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.