Shukery Hashim

The basics

Quick Facts

Birth1954
Death10 June 2009 (aged 55 years)
The details

Biography

Shukery Hashim (55) merupakan pelakon filem dan drama di Malaysia.

Biodata

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 di Pulau Langkawi,Kedah. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Keluarga

Isterinya Faridah Md. Desa dan mempunyai 5 orang anak.

Drama

Bergandingan dengan Noor Kumalasari dalam Rahsia

Shukery mula berlakon pada 1984. Dia terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T. Antara anugerah yang diterimanya ialah :

  • Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990;
  • Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan
  • Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) 1994 (1995).

Filem

  • Ujang - (1988) - Pelakon Utama
  • Rahsia - (1987) - Pelakon Utama
  • Janji Diana - (2003) - Pelakon Tambahan - Watak Sebagai (Murad)

Meninggal dunia

Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.