Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian television presenter | |
Places | Malaysia | |
is | Television presenter | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Religion: | Islam | |
Birth | 4 October 1990, Kota Kinabalu, Malaysia | |
Age | 34 years | |
Star sign | Libra |
Biography
Sarah Adiba Mohammed Yussof (lahir 4 Oktober 1990) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah bekas peserta rancangan Clever Girl Malaysia di TV3.
Kehidupan peribadi
Sarah Adiba dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak keempat dari enam beradik. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian) di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau berkahwin dengan Iskandar Mohd Nasir pada 2015.
Sarah mengumumkan kehamilannya pada Mei 2019 selepas empat tahun berumah tangga.
Kerjaya
Sarah Adiba memulakan kerjaya awal sebagai Jurutera Operasi dan pernah bekerja sebagai guru tuisyen. Pada tahun 2016, beliau dipilih salah seorang dari 14 peserta Clever Girl Malaysia musim pertama yang bersiaran di TV3. Selepas tamat Clever Girl, beliau menjadi pengacara dokumentari jenayah 999 di studio dan lapangan. Selepas menamatkan khidmat sebagai pengacara 999, beliau menjadi salah seorang dari 8 pengacara bersama rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 8:00 hingga 9:30 pagi.
Televisyen
- Clever Girl Malaysia (2016) - Dirinya sendiri/peserta
- 999 (2017-18) - Dirinya sendiri/pengacara
- Wanita Hari Ini (2017) - Dirinya sendiri/wartawan
- Borak Kopitiam (2018-kini) - Dirinya sendiri/pengacara
- Alert (2018) - Dirinya sendiri/pengacara
Rujukan
Pautan luar
- Sarah Adiba Yussof di Facebook
- Sarah Adiba Yussof di Instagram