Biography
Gallery (1)
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Actor | |
Places | Singapore | |
was | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Religion: | Islam | |
Birth | 24 April 1924, Singapore | |
Death | 4 July 1998 (aged 74 years) | |
Star sign | Taurus |
Biography
Haji Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil (24 April 1924–4 Julai 1998) ialah seorang pelakon Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.
Kerjaya
Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat.
Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L. Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalon, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).
Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.
Pada 1967, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.
Meninggal Dunia
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 pada usia 74 tahun akibat sakit tua, selain itu Allahyarham juga menderitai angin ahmar selama sembilan tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Penghidupan | Filem pertama | |
1952 | Tas Tangan Wanita | ||
Sedarah | |||
Anjuran Nasib | Kamal | ||
Miskin | |||
1953 | Istana Impian | ||
Putus Harapan | Ismail | ||
Ibu | |||
Siapa Salah? | Salleh | ||
1954 | Panggilan Pulau | Shukur | |
1955 | Roh Membela | Bakar | |
Penarik Beca | Ghazali | ||
1956 | Semerah Padi | Borek | |
1957 | Kembali Seorang | ||
Sarjan Hassan | Buang | ||
1958 | Matahari | ||
Sumpah Orang Minyak | Buyong | ||
Masyarakat Pincang | |||
Taufan | Hamid | ||
1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Datuk Hitam Pahlawan | |
Raja Laksamana Bentan | Nakhoda Haridjah | ||
1960 | Lela Manja | Sang Naka | |
Pertarongan | Datuk Berang | ||
Isi Neraka | Wira | ||
1961 | Si Tanggang | Linggi | |
Mas Merah | Datok Panglima | Kemunculan khas | |
1963 | Darah Muda | ||
1964 | Tiga Abdul | Tuan Penasihat Kassim Patalan | |
1965 | Dayang Senandong | Raja Shamsir | |
Pusaka Pontianak | Hambali | ||
1966 | Sri Andalas | Orang Kaya Tedung | |
Gerak Kilat | Komander Jeeman | ||
1967 | Jebak Maut | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Perompak Sang Tuai | Filem terakhir |
Anugerah dan pencapaian
- Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarik Beca (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor.
Rujukan
- Nota kaki
- Bibliografi
- "Mengenang Salleh Kamil, Sang Antagonis". Mimbarkata. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 2 Oktober 2014.
Pautan luar
- Salleh Kamil di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)