Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian actor | |
Places | Malaysia | |
is | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Birth | 11 April 1982, Negeri Sembilan, Malaysia | |
Age | 42 years | |
Star sign | Aries |
Biography
Mohammad Zalimei Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak, ialah seorang pelakon Malaysia. Remy dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya
Latar belakang hidup
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.
Sebagai anak kedua daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.
" Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.
Bergelar aktor
Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri uji bakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Aquarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini dan hanya akan siap pada tahun 2010. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.
Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disudahkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.
Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat dan setinggan di Kuala Lumpur.
Selepas membintangi filem Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai aktor, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah independent James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha & filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.
Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar di suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal menjengah pawagam.
Tahun 2007 juga Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran nTV7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan di kaca TV dan kemudian; Remy membintangi drama bersiri 30 episod Tak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Tahun itu juga Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.
Filem Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem box office sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang bakal diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.
Kini, Remy terus mengorak langkah dengan drama terbaru yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton hampir 28 juta penonton. Kemudian drama Nur Kasih telah di filemkan sekitar Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Antara drama Remy Ishak pada 2012 ialah Aduh Sayang & Runtuhnya sebuah dosa, lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.
Episod percintaan
Remy dikaitkan dengan aktres muda Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.
Pada awal Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau kini rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.
Kontroversi
Sebagai aktor popular Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetul kedudukan.
Namun, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.
Filmografi
Filem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul & Arahan | Watak | Nota |
2007 | Anak Halal
Tayangan Unggul | Shah Watak Pembantu
| |
2009 | Duhai Si Pari-pari
Tayangan Unggul | Budi Watak Utama
| |
2010 | Hooperz
Grand Brilliance | x Watak Utama
| |
Evolusi KL Drift 2
Grand Brilliance & Skop Production | Inspektor Kamal Watak Pembantu
| Pencalonan - Pelakon Harapan Lelaki FFM 23 | |
2011 | Cun!
| Atan Watak Utama
| Aktor Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011 |
Nur Kasih The Movie
| Adam Hassan Watak Utama
| Pencalonan - Pelakon Lelaki Terbaik FFM 24 | |
2012 | Jiwa Taiko
| Watak Utama
| |
Aku, Kau dan Dia | Watak Utama | ||
29 Februari | Budi Watak Utama
| ||
Hantu Kapcai | Watak Utama
| ||
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta
Primeworks Studios & Grand Brilliance | Hardy Watak Utama
| |
2015 | Pilot Cafe
Tarantella Picture & Astro Shaw | Rashid Watak Utama
| |
Bravo 5
Karya Prima Production | Leftenan Azri Watak Utama | ||
2016 | Redha | Watak Utama
| |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng | Watak Utama | ||
Dalam Pembikinan | Akuarium Cinta
Tayangan Unggul | x Watak Utama
| * mula dibikin pada 2005. |
Jebat
| Hang Jebat Watak Utama
| * pra-produksi |
Filem Pendek & Dokumentari | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
2007 | Comolot
ASWARA | Daniel Watak utama |
Televisyen
Filem Televisyen | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Judul | Peranan | Saluran | Nota |
2007 | Bernafas Dalam Lumpur
| - Watak tambahan
| nTV7 | * Filem bebas berformat video digital |
Di Penghujung Senja - Mininovela
| Azlan Watak utama
| TV9 | ||
2008 | Iktikaf | X Watak utama | TV1 | |
Takbiratul Ihram | X Watak utama | Astro Ria | ||
Jalan Pintas ke Neraka
| Razlan Watak Pembantu
| TV3 | (Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2009 | |
Biarkan Aku Berdiri | Jeffri Watak utama
| TV2 | ||
Sesuci Kasih | X Watak utama | TV3 | ||
2009 | Cinta Tiga Teruna | X Watak utama | TV2 | |
Bisikan Subuh | X Watak utama | TV3 | ||
Bila Syaitan Berbisik | Brian Watak utama
| TV2 | ||
2015 | Cinta Tasbih Biru | Watak Utama
| Astro Oasis | |
2016 | Pangkalan Batu 6
| Watak Utama
| Astro Citra | |
Bila Artis Balik Kampung Beraya | Watak Utama
| Astro Prima | ||
Tercipta Untukku | Watak Utama
| Astro First Ekslusif |
Drama Bersiri | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Judul | Peranan | Saluran | Nota |
2007 | Tak Pernah Ku Sesali | X Watak Pembantu | TV2 ; 30 Episod | |
2008 | Sindarella
| Tengku Haidar Watak Utama
| TV3, Slot Lestary ; 26 Episod | |
Obsessi
| Tengku Azuddin Watak Utama
| TV3, Slot Samarinda ; 24 Episod | ||
Awan Dania Musim Pertama
| x Watak Utama
| Astro Ria ; 16 Episod | ||
2009 | Nur Kasih
| Adam Hassan Watak Utama
| TV3; 26 Episod | |
Suraya
| Azman Watak Utama
| TV3 , Slot Samarinda ; 24 Episod | ||
2010 | Arjuna | Arjuna Watak Utama
| TV3 | |
2012 | Cinta Dalam Hati
| Dino Abadi Watak Utama
| TV1 | |
2013 | Cinta Jangan Pergi
| Kalil Watak Utama
| TV9 ; 26 Episod | |
Ku Cinta Kau Seorang
| Helmi Watak Utama
| TV3 ; 13 Episod | ||
2014 | Jiwa
| Iskandar Watak Utama
| TV3 ; 14 Episod | |
Satu Hari
| Isfahan Watak Utama
| TV9 | ||
Antidot
| Fatah Watak Utama
| TV3 ; 13 Episod | ||
2015 | Mail & Sudin Sambut Ramadan | Mail Watak Utama
| Astro Oasis & Astro Maya HD | |
2016 | Rumi & Jawi | Rumi Watak Utama
| Astro Prima & Astro Maya HD | |
2017 | Cik Serba Tahu | Carl Adham Watak Utama
| Astro Ria & Astro Ria HD |
Teater
Teater / Bangsawan atau Muzikal | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
2009 | Natrah
KPKK | Mansor Adabi Watak utama
|
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Parti Hip TV | Anugerah Artis Mat Romeo | Remy Ishak | Dicalonkan |
Anugerah Skrin ke-13 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Jalan Pintas ke Neraka | Dicalonkan | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 | Pelakon TV Lelaki Popular | Remy Ishak | Menang | |
2010 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Segak | Dicalonkan | |
Selebriti Lelaki Paling Seksi | Menang | |||
Anugerah Shout! | Anugerah Selebriti Lelaki Popular | Dicalonkan | ||
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Tiz Zaqyah) | Nur Kasih | Dicalonkan | ||
Festival Filem Malaysia ke-23 | Pelakon Harapan Lelaki | Evolusi KL Drift 2 | Dicalonkan | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Remy Ishak | Dicalonkan | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | |||
2011 | Anugerah Skrin ke-15 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Airmata Nur Salina | Dicalonkan |
Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Cun! | Menang | ||
Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Lelaki Terbaik | Nur Kasih The Movie | Dicalonkan | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Pelakon TV Lelaki Popular | Remy Ishak | Dicalonkan | |
2012 | Anugerah Blokbuster | Anugerah Hero Terhebat | Nur Kasih The Movie | Dicalonkan |
Anugerah Lagu Filem Terhebat - Cun Selalu (bersama Maya Karin) | Cun! | Dicalonkan | ||
Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Remy Ishak | Dicalonkan | |
Anugerah Shout! | Anugerah Selebriti Lelaki Popular | Dicalonkan | ||
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) | Nur Kasih The Movie | Dicalonkan | ||
2013 | Anugerah Blokbuster | Anugerah Hero Terhebat | Jiwa Taiko | Dicalonkan |
Anugerah Watak Penjahat Terhebat | Hantu Kapcai | Dicalonkan | ||
Anugerah Skrin ke-17 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | 29 Februari | Dicalonkan | |
Anugerah Melodi | Artis Lelaki Pilihan | Remy Ishak | Menang | |
2014 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Dicalonkan | |
Selebriti Lelaki Paling Seksi | Dicalonkan | |||
Anugerah Melodi Galaksi Rap | Artis Lelaki Pilihan | Menunggu | ||
2015 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur | Pelakon Lelaki Drama Pilihan (bersama Kamal Adli) | Jiwa | Dicalonkan |
Hero & Heroin Pilihan (bersama Kamal Adli & Siti Elizad) | Dicalonkan | |||
Barisan Pelakon Pilihan | Dicalonkan | |||
Anugerah Lawak Warna 2015 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) | Remy Ishak | Menunggu |