Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Places | Malaysia | |
Gender |
| |
Profiles | ||
Birth | 21 December 1975, Jempol District, Negeri Sembilan, Malaysia | |
Age | 49 years | |
Star sign | Sagittarius | |
Politics: | Malaysian Islamic Party |
Biography
Datuk Dr. Norhafizah Musa merupakan seorang ahli akademik dan personaliti dakwah di Malaysia. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.
Pendidikan
Norhafizah memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Psikologi Islam dari Universiti Malaya, Malaysia pada 2018 dengan tesisnya bertajuk "Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara". Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari Universiti Malaya. Terdahulu, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Muda dalam Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Yarmouk, Jordan.
Kerjaya
Norhafizah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah dan ahli panel bagi program kekeluargaan dan keagamaan di televisyen Malaysia. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita, dan korporat.
Keluarga
Norhafizah dilahirkan pada 1975 di Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.
Pengiktirafan
- Wilayah Persekutuan
- Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk - 2018
- Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) - 2015
Pautan luar
- Portal Norhafizah Musa di UTM Staff Directory (milik Universiti Teknologi Malaysia)
- Portal Penulis Norhafizah Musa di PTS