Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Places | Malaysia |
Birth | 21 October 1942, Kuala Nerang, Malaysia |
Age | 82 years |
Star sign | Libra |
Biography
Mohamed Farid Ariffin (lahir 21 Oktober 1942) merupakan pengasas dan Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebuah agensi yang diwujudkan bagi membantu pesakit kanser.
Biografi
Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah, beliau menerima pendidikan awal di Alor Setar, Baling dan Kulim. Mempunyai Diploma dalam pendidikan di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1963. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada tahun 1973 di Universiti Sains Malaysia.
Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Lincoln's Inn, London dalam bidang Ijazah Undang-undang dan kembali ke Malaysia untuk memulakan kerjaya sebagai peguam melalui firmanya sendiri iaitu Farid Ariffin & Associates. Beliau juga bergiat aktif dalam politik dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kesihatan dari 1987 hingga 1995. Beliau menubuhkan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 1994 berdasarkan dari pengalamannya sendiri apabila anak lelakinya yang bertarung dengan leukemia, yang membuatnya menyedari bahawa pesakit tidak mempunyai peluang untuk meneruskan rawatan jika mereka tidak mampu melakukan rawatan.
Beliau dianugerahkan Tokoh Kanser Negara pada 2014 oleh Universiti Putra Malaysia.