Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian actor | |
Places | Malaysia | |
is | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Birth | 24 November 1980, Johor, Malaysia | |
Age | 44 years | |
Star sign | Sagittarius |
Biography
Mohamad Aszerul Nizam Abdullah (lahir pada 24 November 1980) atau lebih dikenali sebagai Beego merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang berketurunan Melayu - Jerman dari Malaysia.
Kemunculan awal beliau di dunia persana seni apabila beliau menjadi ahli kumpulan penyanyi remaja di bawah KRU Records iaitu Phyne Ballerz pada tahun 2003. Lagu lagu seperti Vida, Jangan Pisahkan, Hasrat dan Monte Carlo berjaya menempatkan kumpulan remaja di hati peminat-peminat muzik balada cinta dan R&B.
Salah satu drama lakonan Beego yang paling menaikkan namanya ialah Gitar Tua arahan Rashid Sibir pada tahun 2005 di samping pelakon Raja Azura dan Norlia Ghani. Drama hebat yang di siarkan di saluran Astro ini juga telah mendapat sambungan nya pada tahun 2006 di atas penerimaan hebat daripada peminat drama-drama Melayu. Sejak dari lakonan berkesannya itu, nama Beego terus mendapat perhatian daripada pengarah-pengarah tersohor yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Beego juga berlakon di dalam filem filem seperti Gila Gila Pengantin Remaja (2004), KL Menjerit 1 (2005), Senario Pemburu Emas Yamashita (2006) dan Libas (2011).
Kehidupan Peribadi
Pada 7 Julai 2007, Beego bertunang dengan Intan Shahira Mohd Shahru dan mengikat kepada perkahwinan pada 28 Disember 2008. Majlis persandingan pihak lelaki diadakan di Kelab Golf Diraja Johor pada 29 Disember manakala sebelah pengantin perempuan sehari selepas itu di Dewan Tabung Haji, Johor Bahru. Pasangan ini bercerai pada 17 March 2009 selepas sembilan tahun bercinta.
Pada tahun 2013, Beego telah berkahwin dengan Linda Hashim yang juga merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Gila-Gila Pengantin Remaja | Amir (Pelakon Utama) | FFM 17-2004 - Filem Fomedi |
2005 | KL Menjerit 1 | Firdaus (Pelakon Pembantu) | Festival Filem Malaysia ke 16 (2003) - Cerita Terbaik |
2006 | Senario Pemburu Emas Yamashita | Murad (Pelakon Pembantu) | |
2011 | Libas | Megat (Pelakon Utama) | Festival Filem Malaysia Ke 24 (2011) |
Telefilem
Year | Tajuk | Role | Notes |
---|---|---|---|
2011 | Jangan Bakar Mayat Anakku | Rahmat (Pelakon Utama) | Astro Prima |
2011 | Menangguh Tangisan | Maarof (Pelakon Utama) | TV2 |
2010 | Suzanna | Halim (Pelakon Utama) | Cerekarama TV3 |
2009 | Tragedi Malam Raya | Faizal | TV3 |
2008 | Bicara Cinta | Reza | Astro Prima |
2006 | Gitar Tua 2 | Acik | Astro Ria |
2005 | Gitar Tua 1 | Acik | Astro Ria |
2004 | Aku Kaya Giler (VCD) | VCD |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2005 | Puteri | Roslan | Tv3 |
Pendekar Lima | |||
2006 | Mentari Jingga | Syed Faizal | Astro Ria |
Akademi | |||
2008 | Ezora | Reza | TV3 |
2009 | Aliff Firdaus | Aliff Firdaus | TV3 |
Cuci Cuci Services | TV2 | ||
2010 | Fatimah Juling | Kordi | Astro Ria |
2011 | Terowong: Ayu | Naen | TV3 |
2013 | Mencintaimu | Johan | TV2 |
2014 | Rindu Awak 200% | Tuan Faris | TV3 |
Pulang Sayang | Firdaus | TV2 | |
2015 | Hati Perempuan | Umar | TV3 |
Keluarga Karaoke | Badrul | Astro Mustika HD | |
Menongkah Kasih | Helmi | TV9 | |
2016 | Surah Buat Maisarah | Fikri | TV3 |
2017 | Sape Dari Itali | Haris | TV2 |
Syurga Yang Kedua | Azril | Astro Prima | |
2018 | Pencuri Cinta Kelas Satu | Along | Astro Oasis |
Cinta Maya | Zainuddin | TV2 |