Miera Leyana

Malaysian actress
The basics

Quick Facts

IntroMalaysian actress
PlacesMalaysia
isActor
Work fieldFilm, TV, Stage & Radio
Gender
Female
Religion:Islam
Birth1993, Johor Bahru, Malaysia
Age32 years
The details

Biography

Miera Leyana binti Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co. Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017).

Kerjaya

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula dityangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas filem Apokalips X (2014).

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2012Jangan Pandang-PandangMarshaAhmad IdhamFilem pertama
2013PecahAsrul Hisham Ahmad
Balada PencintaAyuKhir Rahman
2014Apokalips XQiQiMamat Khalid
Dendam Orang MatiMinJason Chong
2015Kastil TuaModelChiska DoppertFilem Indonesia
2017Lebuhraya Ke NerakaDinaMamat Khalid

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2008Luna FantasikuLunaTV9
2009Kamelia KatrinaKameliaAstro Ria
Bio-NikTV3
Ceria-Ceria Cikgu Rubina
2010Hotel ManiaHani
2011Nana NaritaTV9
Nora ElenaMaria TanTV3
2012Friday I'm In LoveBellaTV9
Mulanya Di SiniAlyaTV1
PsikikSukma
Putera RayyanAnisaTV3
2013Asmara Luna
HujanAzura
2014Kusinero CintaAstro Mustika HD
2015Memori Cinta SurayaIrinaAstro Prima
NasuhaMarinaTV9
2016Mr. Boss Miss StalkerRia AlisyaTV3
Biar Aku Jadi PenungguDamia Hani
2018Aku Cinta DiaAnisTV3
2019Detak Cinta StetoskopDr FarahTV Okey
Hola HermosaSheerinTV1
KL MeroyanTV2

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2013Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke MalaysiaSarahRTV
2016Mama SadoAndra RainaTV9
Mat Chia ChiaFatimah
Lari LagiDhiaTV2
2017Peah SingaPeahTV9
KismetTV3
2018Genesis

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2013Anugerah Skrin 2013Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)RembatMenang
2015Anugerah Skrin 2015Dendam Orang MatiTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Pelakon Filem Wanita PopularN/ADicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.