Mahadi J. Murat
Malaysian film director
Intro | Malaysian film director |
Places | Malaysia |
is | Film director |
Mahadi Jermadi Murat merupakan seorang pengarah filem Malaysia, terkenal dengan filem bergenre drama. Beliau juga merupakan pelopor Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang ditubuhkan pada 1990.
Mahadi menduduki kerusi pengarah pada 1985 menerusi filem Roda-Roda lakonan Allahyarham Zami Ismail. Beliau kemudian bekerja dengan AR Badul sebagai ahli sinematografi untuk filem Jejaka Perasan yang ditayangkan pada 1987.
Pada tahun 1990, beliau menubuhkan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang bertujuan bagi menguruskan kebajikan pengarah filem dan drama di Malaysia. Menerusi filem Sayang Salmah (1995) arahannya, Mahadi memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 yang diadakan pada 5 November 1995.