Long Zainal

The basics

Quick Facts

The details

Biography

Long Zainal merupakan putera ke-5 Sultan Long Yunus dan abang kepada Sultan Muhammad I dan memakai gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan. Baginda menjadi Raja Bendahara Banggul pada tahun 17 November 1801. Raja Siam, Raja Rama I menganugerahkan gelaran Phaya Banggul (Raja Banggul) pada tahun 1812 dan Phra Bidaksha pada tahun 1842. Terlibat dalam pergolakan takhta Kelantan pada tahun 1835, dan sempat menerajui Kelantan selepas kemangkatan adindanya Sultan Muhammad I, digantikan oleh anak saudaranya Long Senik Mulut Merah selepas perang saudara dan campurtangan Siam pada tahun 1837. Selepas itu Baginda menjadi menteri di wilayah Nongchik, Patani dari tahun 1842 hingga 1845. Mangkat di Nongchik, Patani pada tahun 1845.

Keluarga

Mempunyai lima zuriat iaitu:

  • Y.M. Tuan Long 'Abdu'l Rahman bin Tengku Long Zainal.
  • Y.M. Tengku Kling bin Tengku Long Zainal.
  • Y.B.M. Tengku Tengah bin Tengku Long Zainal [Tuan Tango]. Dianugerhkan gelaran Phra Bidaksha in 1847, dan kemudian gelaran Phra Visit Bakdiya oleh Raja Siam. Penasihat dan meteri kepada Raja Patani. Mangkat 1890.
  • Y.M. Tengku Chik bin Tengku Long Zainal. Berkahwin dengan Y.A.M. Tengku Labuh binti al-Marhum Sultan Phaya Long Muhammad, puteri bongsu kepada DYMM Sultan Phaya Long Muhammad bin Raja Muda Kelantan Tengku Long Ismail, Raja Negeri Patani.
  • Y.M. Tuan Long Idris bin Tengku Long Zainal.
  • Y.M. Engku Lebai binti Tengku Long Zainal.
Penyandang TerdahuluSultan Kelantan
1835 – 1837
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad ISultan Muhammad II

Lihat juga

Nota kaki


The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 07 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.