Khai Bahar

The basics

Quick Facts

isSinger
Work fieldMusic
Gender
Male
Religion:Islam
Birth1994
Age30 years
The details

Biography

Muhammad Khairul bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi lelaki dari Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminat beliau.

Khai Bahar juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Taiwan dan Thailand. Dalam tempoh 3 tahun bergelar anak seni Khai Bahar telah meraih 23 anugerah iaitu dari Anugerah Meletop Era 2017, 2018 & 2019, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 & 2018, Anugerah Planet Muzik 2017 & 2018, Top Hot Hot FM 2017, Era Digital Muzik Awards 2018 & 2019, MySC Breakthrough Awards (Male) 2019 serta Juara Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Season 2 (2018-2019) .

Kehidupan awal

Khai yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau juga berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Ayah beliau merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

Kerjaya

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching Sarawak, disamping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel Muhamad Khairul miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar juga pernah dijemput untuk membuat 'opening act' untuk penyanyi-penyanyi popular. Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Antara lagu cover nyanyian beliau yang menjadi perhatian ramai adalah lagu-lagu bernada tinggi Ziana Zain, duet bersama Siti Nordiana serta lagu dari Kumpulan Projektor Band iaitu Sudah Ku Tahu.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records dan sehingga artikel ini ditulis (2018) beliau sudah mempunyai tujuh single iaitu 'Bayang', 'Dari Jauh Saja', 'Sinar Syawal', 'Luluh', 'Cahaya 114', 'Jodohku' dan yang terkini ialah '#123'. Beliau juga turut mempunyai dua buah lagu duet yang berjudul 'Rahsia Kita' dan 'Cinta Syurga'. Lagu 'Rahsia Kita' adalah lagu duet dengan Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baru di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Manakala, lagu 'Cinta Syurga' pula adalah merupakan sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Khai Bahar mula dikenali menerusi aplikasi SMULE. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band) & duet dgn Siti Nordiana Memori Berkasih. Selain bernyanyi di SMULE, Khai juga pernah melakukan "cover" untuk lagu "Di Mana Hatimu" oleh Papinka pada tahun 2013. Sebelum ini, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. Khai Bahar juga mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet.. Dilabel sebagai nada emas, Khai mendapat perhatian program Silet selepas video smulenya dengan lagu Suara Hati ku (Ku tak akan bersuara) nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah serta Nia Daniati memberikan pujian pada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai.

Di samping itu, Khai juga mencuba nasib memasuki dalam industri seni di Indonesia dengan terlibat dengan beberapa projek di sana.

Kemuncak kepada kerjaya Khai adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, yang mana merupakan masing-masing Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di Singapura, beliau juga menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular APM (Bayang) dan Artis Paling Popular. Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Hot FM Top Hot 2017 menerusi kategori Lagu Hot 2017 (Luluh), Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita).

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakPengarahSaluran
2019Satukan RasaJai BakriHadith OmarAstro Ria

Diskografi

Single

TajukTahun
Bayang2016
Dari Jauh Saja2017
Sinar Syawal
Luluh
Rahsia Kita (feat. Fatin Husna)2018
Cinta Syurga (feat. Datuk Siti Nurhaliza)
Cahaya 114
Jodohku
#123
Air Mata2019
Dia
Keranamu
Penantian
Menyesal
Satukan Rasa (feat. Siti Nordiana)

Album

TajukTahun
Air Mata2019

Videografi

Muzik video

TahunTajukArtis lainPengarahRuj.
2016BayangRio Production
2017Dari Jauh Saja
Sinar Syawal
Luluh
2018Rahsia KitaFatin Husna
Cinta SyurgaDato' Sri Siti NurhalizaSiti Nurhaliza Productions
Cahaya 114?
Jodohku?
#123Rifaiee Omar
  • Sebagai artis yang ditampilkan.

Anugerah dan Pencapaian

TahunAnugerahKategoriPencapaian
2017Anugerah MeleTOP Era 2017Artis Baharu MeletopMenang
Penyanyi MeletopDicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Artis Baharu Lelaki PopularMenang
Penyanyi Lelaki PopularMenang
Anugerah Planet Muzik 2017Artis Paling PopularMenang
Lagu Paling Popular (Bayang)Menang
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017Penyanyi Lelaki HotMenang
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany HasritaMenang
Lagu Hot 2017 (Luluh)Menang
2018Anugerah Digital Muzik Era 2018Lagu Cover Terbaik ( Luluh )Menang
Anugerah Juara Lagu ke-32BayangDicalonkan
Penyanyi Pilihan SamsungMenang
Anugerah MeleTOP Era 2018Lagu MeleTOP (Bayang)Menang
Penyanyi MeleTOPMenang
Top Top MeleTOP (Lelaki)Menang
Anugerah Planet Muzik 2018Artis Paling Popular ApmMenang
Ikon Media SosialMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018Penyanyi Lelaki PopularMenang
2019Anugerah Digital Muzik Era 2019Penyanyi Paling Lit di Media SosialMenang
Anugerah Juara Lagu ke-33LuluhDicalonkan
MYSC Awards Reuneon 2019MYSC Breakthrough Awards (Male)Menang
Anugerah Meletop Era 2019Top Top Meletop LelakiMenang
Penyanyi MeletopMenang
Toyota Gazoo Racing Season 2-Race 8Juara Perlumbaan Toyota Vios Challenge 2018/2019Menang

Endorsmen

TahunProdukCatatan
2017Perfume Bayang Limited Edition (Rises)Minyak wangi
2018C_Clean Plus by Khai Bahar (C_cleanplushq)Penjagaan muka
2019Far8byalteliaamaniBaju Melayu / Kurta
2019C_Clean Plus by Khai Bahar (C_cleanplushq)Penjagaan muka

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 01 Jan 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.