Karl Shafek

Malaysian television host
The basics

Quick Facts

IntroMalaysian television host
PlacesMalaysia
isActor
Work fieldFilm, TV, Stage & Radio
Gender
Male
Religion:Islam
Birth1980
Age44 years
The details

Biography

Khairul "Karl" Shafek Ibrahim (lahir 28 Mac 1980) merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Pekan, Pahang.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1980 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Karl merupakan lulusan dalam bidang multimedia di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Kerjaya

Karl memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia (MAS), seterusnya berkhdimat sebagai wartawan penyiaran.

Karl memulakan kerjaya televisyen sepenuh masa dengan mengacarakan rancangan bual bicara TV9, Nasi Lemak Kopi O, ia kemudian diikuti oleh 3 Hari 2 Malam dan Chopp. Pada 1 November 2012, beliau memegang watak sebagai Shamsul dalam filem biopik Zaiton: Ceritaku arahan Esma Daniel yang berkisarkan tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi veteran terkenal era 80an, Zaiton Sameon.

Karl merupakan salah seorang peserta rancangan MasterChef Selebriti Malaysia di Astro Ria yang turut disertai oleh Fazley Yaakob, Jehan Miskin, Raja Azmi dan lain-lain.

Karl terpilih bagi memegang watak sebagai Aziz yang juga watak antagonis dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck arahan Azhar Zainal. Teater yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan tajuk sama karya Hamka dipentaskan di Istana Budaya dari 12 hingga 18 Oktober 2015.

Beliau merupakan antara penerima Ikon Belia Anak Pekan dalam kategori anak seni pada majlis anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan, Pahang (KAWAN) yang berlangsung di Seri Perdana pada 18 Julai 2017.

Karl menjadi pengacara majlis bagi Pertandingan Pencarian Wanita Malaysia 2018 yang berlangsung pada 28 April.

Kehidupan peribadi

Karl merupakan seorang yang rabun jauh dan takut melihat cermin. Beliau juga mengakui lebih banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kurang berminat untuk berpolitik, Karl dipetik sebagai berkata: "Secara terus terang dan jujur awal-awal lagi saya sudah maklumkan, saya tidak mahu terlibat dengan parti politk."

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananPengarahCatatan
2012Zaiton: CeritakuShamsulEsma DanielFilem pertama

Drama

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2010Hotel ManiaTV3
AaliaAstro Prima
2011Boona BoonieTV9
2012Cinta Itu MilikkuTV3
Dewi KasihkuTV2
2014Rindu Awak 200%TV3
Masihkah Ada CintaTV3

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TV
2009Anak Aku ArtisAstro Ria

Teater

TahunTajuk
20111 Plastik Hitam
2012Kawan-Kawan Yang Kita Suka
2013Maduku Kalut
2015Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2016Ombak Rindu: Tiada Penghujung

Televisyen

TahunTajukSaluran TVCatatan
2008Nasi Lemak Kopi OTV9
20093 Hari 2 MalamTV9
2011Chopp!TV9
2012MasterChef Selebriti MalaysiaAstro Ria
2013Jelajah RamadanTV1
2014Hip TVTV9
Cabaran Raja Tarik F&NTV9
2015Aroma TradisiTV3
2016Resepi Saywho bersama Karl ShafekAstro Bintang
2017-kiniCJ Wow ShopTV9
2018MorehTV3

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 01 Jan 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.