Junainah M. Amin

Musician
The basics

Quick Facts

IntroMusician
isSinger
Work fieldMusic
Gender
Female
Instruments:Voice
Birth1954
Age71 years
The details

Biography

Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.

Kerjaya

Junainah mula aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan iaitu pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat kelahirannya di Singapura. Hasil daripada pertandingan itu, bakatnya telah disedari oleh komposer, Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.

Ketika bersama EMI, beliau pernah menghasilkan dua album LP dan lima EP. Namun, dia tidak berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan yang baru tetapi sebaliknya hanya merakam lagu-lagu saduran daripada lagu bahasa Inggeris yang kemudiannya diberi lirik yang berbahasa Melayu dan juga beberapa lagu baru yang lain. Lantaran itu, Junainah tidak berminat untuk terus bersama EMI apabila kontraknya tamat pada tahun 1977. Pada masa itu, Kassim Masdor juga telah berundur daripada EMI apabila menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu “Senada Record”.

Selepas itu, Junainah menyepi seketika. Junainah juga terlibat dalam menyanyikan beberapa buah lagu di dalam filem Pendekar. Di dalam filem itu, dia telah meminjamkan suaranya untuk dialog bagi watak yang dipegang oleh Teh Faridah.

Album pertamanya adalah di bawah terbitan Ahmad Nawab yang pada akhirnya telah memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana dia menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru secara keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.

Sepanjang penglibatannya, Junainah juga pernah muncul di dalam filem komedi Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar dan juga sebagai “Bintang Undangan” di dalam filem Hapuslah Air Matamu arahan Deddy M. Borhan. Pada masa kini, beliau menetap di Johor Bahru.

Diskografi

Album EP

  • Junainah (1973)
  • Air Mata Semalam (1973)
  • Ikut Ku Menyanyi (1974)
  • Ratu Duniamu (1974)
  • Senyumlah (1975)
  • Ku Sayang Pada Mu (1975)
  • Lagu Mu Untok Ku (1975)

Album Studio

  • Kembali Kepada Ku (1977)

Album Kompilasi

  • Ratu Duniamu (1974)

Album Runut Bunyi

  • Hapuslah Air Matamu (1976)
  • Pendekar (1977)
  • Kisah Seorang Biduan (1979)

Album Lain

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri (1973)
  • Rasa Sayang Eh (1974)
  • Pahlawan Tinju (Mohammad Ali) (1975)

Lagu-Lagu

Lagu Popular

  • "Nenek - Nenek"
  • "Ku Sayang Padamu"
  • "Kau Yang Di sayang"

Lagu Raya

  • "Suasana Riang (Di Hari Raya)

Filemografi

Filem
TahunJudulPeranan
1975Keluarga Si ComatWatak Utama
1976Hapuslah Air MatamuPenampilan Istimewa
1981Sumpah Semerah PadiPenampilan Istimewa

Rujukan

Pautan Luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.