Joey Daud

The basics

Quick Facts

isActor
Work fieldFilm, TV, Stage & Radio
Gender
Male
Religion:Islam
The details

Biography

Zulkifli bin Daud atau lebih dikenali sebagai Joey Daud merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia.

Kerjaya

Beliau pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang banyak beraksi di majlis perkahwinan. Bakat vokal beliau telah dikenalpasti ketika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M.Nasir yang seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M.Nasir. Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas. Pernah menjadi vokalis Kumpulan Exists selepas vokalis Exists ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut. .. Namun Joey sering disalahkenal sebagai bekas vokalis Budak Kacamata iaitu Zack kerana kemiripan wajah mereka. Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996. Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.

Diskografi

  • Beradu Suratan (1994)
  • Joey (1996)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2011Datin GhairahDerus Lee
2018DukunJamal
This Is PilahHanif
2019Tiada TajukJalaludin Rumi
KolongDr. Umar
2020Manap KaraokeManapPos-produksi

Telefilem

- Kerana Lemang

Drama

- Bedah Tok Gas

- Bedah vs Joyah

- Joyah

Televisyen

  • Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Anje)
  • Maharaja Lawak Mega 2014 (Kumpulan Jalor)
  • Maharaja Lawak Mega 2016 (Kumpulan Joras)
  • Maharaja Lawak Mega 2017 (Kumpulan Joras)
  • Maharaja Lawak Mega 2018 (Kumpulan Joras)
  • Maharaja Lawak Mega 2019 (Kumpulan JBorn)

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 28 Mar 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.