Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
is | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Religion: | Islam | |
Birth | 1983 | |
Age | 42 years |
Biography
Iz Sulaini (lahir Khairullah Ezuan bin Sulaini; 8 Jun 1983) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan salah seorang peserta One in a Million musim kedua.
Kerjaya
One in a Million
Iz merupakan salah seorang dari tujuh peserta One in a Million musim kedua sewaktu ujibakat diadakan di Sungai Petani, Kedah. Beliau tersingkir menjelang konsert minggu keempat. Sepanjang menjadi peserta OIAM, beliau menyanyikan lagu:
- "Time" - Billy Porter (Top 20)
- "Wait for You" - Elliott Yamin (Top 12)
- "When I Get You Alone" - Robin Thicke (Top 10)
- "Suci Dalam Debu" - Iklim (Top 9)
Muzik
Selepas tersingkir dari OIAM2, beliau melancarkan album EP pertamanya yang bertajuk Gonna Be Alright yang memuatkan sebanyak 7 lagu termasuk "Gonna Be Alright" yang dikeluarkan sebagai single pertamanya, dan lagu "Bersama Together" menampilkan Nora Danish. Pada Jun 2010, beliau bersama Amanda Imani telah dipilih oleh Austin Chase Malaysia bagi mengedarkan album mereka.
Iz juga pernah mencipta lagu tema rancangan Clever Girl Malaysia yang bertajuk "Clever Girl" dan dipersembahkan oleh bekas peserta Malaysian Idol musim pertama, Nikki Palikat.
Lakonan
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi sebuah filem pendek bertajuk Cinta Akhir.
Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Iz berlakon dalam filem sulung lakonannya, Misteri Dilaila lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai seorang jurugambar.
Diskografi
- Gonna Be Alright (2008)
Filemografi
- Cinta Akhir (2011)
- Misteri Dilaila (2019) - jurugambar
Rujukan
Pautan luar
- Iz Sulaini di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)