Biography
Also Viewed
Quick Facts
Gender |
|
Biography
Ibrahim Fikri bin Mohammad merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Mohd Daud bin Abdul Samad. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu antara November 1961 hingga September 1970.
Anak beliau Mohamed Nasir Ibrahim Fikri menjadi ahli parlimen Kuala Nerus,Terengganu.
Lompat parti
Pada Oktober `1961, kerajaan negeri Terengganu berhadapan dengan undi tidak percaya dari Perikatan. Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan hanya 7 orang di Terengganu. Tetapi 3 ahli Parti Negara telah menyokong usul Perikatan dan melompat menyertai UMNO kerana yakin dengan UMNO. Lantaran itu pada November 1961 Perikatan / UMNO membentuk kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Terengganu yang baru , Tan Sri Ibrahim Fikri.
Krisis dengan Tun Razak
Awal 1960-an bumi Terengganu belum ditemui petroleum. Ibrahim Fikri telah setuju dengan cadangan Tan Sri Mohamad Jamil dari Jabatan Pertanian agar kelapa sawit ditanam secara meluas menggantikan getah .Getah menerima saingan hebat dari getah sintetik. Kerajaan negeri Terengganu tanpa bantuan kerajaan pusat, bertindak sendiri mengusahakan ladang kelapa sawit seperti di Sungai Tong. Tetapi Tun Tan Siew Sin selalu Menteri Kewangan ketika itu lebih cenderung agar pihak swasta yang mengusahakan secara ladang. Tun Abdul Razak sependapat dengan Tun Tan Siew Sin. Tun Razak sedang berada di puncak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Termasuk beberapa sebab lain, Ibrahim Fikri meletakkan jawatan sebelum 13 Mei 1969 . Menteri Besar yang baru ialah Dato Nik Hasan Abdul Rahman, bekas Setiausaha Sulit Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman .
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika masih menjadi ADUN. Satu pilihan raya kecil telah diadakan .
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri , Kuala Terengganu diberikan sempena nama beliau. Rumah beliau berhampiran dengan sekolah ini.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu November 1961 - September 1970 | Penyandang Kemudian |
Mohd Daud bin Abdul Samad | Dato' Mahmood bin Sulaiman |