Hussein Che Dol

Malaysian politician and cleric
The basics

Quick Facts

IntroMalaysian politician and cleric
PlacesMalaysia
wasPolitician
Work fieldPolitics
Gender
Male
Birth1904
Death12 May 1967Guar Chempedak, Kedah, Malaysia (aged 63 years)
The details

Biography

Tuan Guru Haji Hussein Che Dol ialah seorang agamawan dan ahli politik Persekutuan Tanah Melayu berbangsa Melayu yang juga merupakan Ahli Majlis Perundangan Negeri Kedah selepas menang dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Penglibatan dalam politik

Haji Hussein ialah Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah yang pertama. Beliau juga merupakan antara ulama yang menjadi pengasas Pertubuhan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan menjadi salah seorang daripada Naib Yang Dipertua PAS yang pertama pada 1951-1953.

Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal menjadi anggota UMNO pada 1954 selepas PAS menetapkan disiplin partinya untuk memansuhkan keanggotaan pelbagai pertubuhan. Akibatnya, ada kalangan ulama yang kekal dalam UMNO, termasuk Haji Hussein.

Namun demikian, Haji Hussein menyertai semula PAS pada 1957 selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Melayu Kedua di Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957, disebabkan ketidakpuashatian terhadap proses kemerdekaan yang dianggap merugikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Mengasas madrasah

Haji Hussein dibesarkan dalam keluarga agamawan. Bapa beliau merupakan pengasas Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah. Beliau juga telah membuka pondok sendiri yang diberi nama Madrasah Al-Akhlak Al-Islamiah di Guar Cempedak, Kedah pada 1930. Madrasah tersebut telah dikenali sebagai Surau Pondok Haji Hussain Che Dol, manakal peranan madrasah telah diambil alih menjadi Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah di bawah rangkaian Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) oleh cucunya, Ustaz Mohd Ishamuddin Abd Rahim.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 31 Oct 2023. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.