Haslinda Zerain

The basics

Quick Facts

The details

Biography

Haslinda Mohd Zerain (37) merupakan bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Februari 2010 akibat sakit jantung. Beliau menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001. Allahyarham belum berkahwin.

Haslinda pernah bertanding di atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa namun kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Laporan polis

Pada 2 Mac 2010, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo memnuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya berhubung tindakan seorang lelaki yang menghina kematian Haslinda di laman sosial Facebook. Lelaki itu kononnya ahli PAS dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.Namun komen tersebut telah dipadam.

Darjah Kebesaran

  1. A.I.S (Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah) (2007)
  2. P.P.N (Pingat Pangkuan Negara) (2007)

Akademik

  1. Certificate Legal Practice (CLP)
  2. Admitted as Advocates and Solicitors (2005)
  3. Doctorate in Business Administration (UITM) – Year 3
  4. Master in Business Administration (MBA), Charles Sturt University, Australia
  5. Bachelor of Laws (LL.B(Hons), University of London
  6. Diploma in Shariah Law (UIA)

Politik

  1. Presiden Persatuan Melayu Ampang
  2. Mac 2009 - Mac 2010: Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Selangor
  3. 2009 - 2010: Setiausaha Biro Penerangan Puteri UMNO Malaysia
  4. 2004 – Mac 2009: Exco Puteri Malaysia
  5. Januari 2001 – 2010 : EXCO Puteri Selangor (Pengerusi Biro Usahawan)
  6. November 2003 – 2010 : Ketua Puteri Bahagian Ampang
  7. Jan 2001 - 2010: Ketua Puteri Cawangan Taman Uda Jaya
  8. Jan 2001 – Oct 2003: Ketua Puteri Bahagian Ampang Jaya

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.