Ghalib bin Fihr

The basics

Quick Facts

A.K.A.غالب
A.K.A.غالب
Gender
Male
Family
Father:Fihr ibn Malik
The details

Biography

Ghalib bin Fahr (Bahasa Arab: غالب بن فهر‎) adalah datuk moyang ke sembilan daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Salasilah lengkapnya iaitu Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan. Nama Ghalib dalam bahasa Arab bermaksud 'penakluk/pemenang'.

Bapa Ghalib iaitu Fahr bin Malik, salah seorang ketua daripada Bani Kinanah. Ibu Ghalib adalah Laila binti Al-Harith bin Saad bin Hudzail bin Mudrikah, dan saudara laki-lakinya adalah Muharib, Al-Harith, Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b, sedangkan saudarinya adalah Jandalah.

Nama isteri Ghalib ini dipertikaikan, iaitu antara:

  • Atikah binti Yakhlud bin An-Nadhr bin Kinanah, daripada Bani Kinanah, atau
  • Salmah binti 'Amr bin Rabi'ah (Luhay) bin Haritha bin Amr Muzaiqiya, daripada Bani Khuza'ah.

Anak-anak Ghalib daripada isterinya iaitu Lu'ay bin Ghalib (moyang Bani Quraisy), Taym bin Ghalib (moyang Bani Taym al-Adram), dan juga Qais bin Ghalib yang keturunannya terputus.

Lihat juga

  • Bani Quraisy
  • Salasilah keturunan Nabi Muhammad

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.