Fadilah Sarbi

The basics

Quick Facts

The details

Biography

Fadilah Sarbi Binti Ali Mudin ialah seorang mantan Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Ahli Politik bagi Negeri Sabah, Malaysia.

Penglibatan Politik

Fadilah Sarbi melibatkan diri dalam dunia politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Pengerusi Biro Antarabangsa dan IPT Puteri UMNO Sabah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggardan Ketua UMNO Sabah.

Kerjaya Politik

Pada 9 November 2020, Fadilah Sarbi telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Kerja Raya Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Beliau telah mengangkat sumpah dihadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

Kerjaya Pendidikan

Fadilah Sarbi pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara Jawatan yang pernah disandang sepanjang berkhidmat di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah;

  • Pensyarah Sekolah Sains Sosial.
  • Pensyarah Geografi Politik.

Anugerah

  •  Sabah :
    • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2021).

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2024. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.