Enchelah

Illustrator and author from Malaysia
The basics

Quick Facts

IntroIllustrator and author from Malaysia
PlacesMalaysia
isArtist Illustrator Writer Author
Work fieldArts Creativity Literature
Gender
Male
Birth4 June 1964
Age60 years
Star signGemini
The details

Biography

Enche Abdullah bin Abdul Kadir atau Enchelah dilahirkan pada 4 Jun 1964 di Kota Bharu Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan dan selepas itu melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Putera dan Sekolah Menengah Ismail Petra. Di Institut Teknolgi MARA (kini dikenal sebagai Universiti Teknologi MARA UiTM) beliau belajar dalam bidang Seni lukis dan Seni Reka dalam jurusan Grafik (1984-1988). Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 3 tahun dan sempat menjadi ilustrator untuk buku Hari Ini Panas, Bunyi Itu Bunyi Ini dan Si Mamut Sakit Gigi. Beliau menjadi pemantun terbaik Sempena Minggu Sastera DBP 1993. Kini bertugas di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (dahulu dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia.). Selain novel beliau juga menulis puisi dan beberapa puisinya tersiar di majalah Dewan Sastera. Novel pertamanya berjudul Lembayung Cinta memenangi Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi pada tahun 2010 dan diterbitkan oleh PelangiBooks. Novel kedua beliau berjudul Puteri 9 Sepuluh juga diterbitkan oleh PelangiBooks pada tahun 2011.

Pautan luar

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm http://ezaleila.wordpress.com/2010/12/25/keputusan-peraduan-mengarang-novel-remaja-mbby-pelangi-diumumkan/ http://ezaleila.wordpress.com/2011/02/15/novel-remaja-pelangi/ http://www.itnm.com.my/news/detail/sayembara_novel_1malaysia_dibuka_kepada_masyarakat_global/catalogue/catalogue/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukancinta_buta_/Article/ http://blog.e-sentral.com/ulasan-buku-lembayung-cinta/ http://www.e-sentral.com/search/byid/1581

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 28 Mar 2024. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.