Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Biography
Daninas Huza bin Daud atau lebih dikenali sebagai Oja merupakan seorang penyanyi Malaysia yang popular sekitar 1990-an ketika beliau masih remaja. Beliau popular dengan lagu-lagu berentak balada seperti Dasira dan Maafkanku Ibu. Selepas itu, beliau lebih dikenali sebagai pemuzik di kelab malam dan juga pemuzik undangan untuk pelbagai acara.
Pada tahun 2016, beliau bergelar penyanyi untuk Tunable Band yang turut dianggotai oleh Botak (pemain gitar bass) dan dua orang bekas anggota kumpulan Spoon iaitu Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani (pemain gitar) dan Mohd Shahnaz Shaharudin (pemain dram). Penyertaan beliau dalam rancangan hiburan realiti Gegar Vaganza musim yang ketujuh pada tahun 2020 telah menaikkan semula nama beliau di persada seni tanah air.
Kehidupan awal
Oja membesar dalam sebuah keluarga seni. Ibu beliau, Nas Atea, merupakan seorang penyanyi era 1980-an. Oja juga merupakan anak saudara kepada Khairool Idlan (seorang lagi penyanyi terkenal era 1980-an), Allahyarham Mastura Ismail (yang lebih dikenali sebagai Allahyarhamah Mastura Ismail) yang terkenal dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan seperti lagu Apo Kono Eh Jang dan Linda Ismail (pernah menghasilkan album Solid Gold bersama Khairool Idlan). Dua orang lagi bapa saudara beliau iaitu Afzainizam Ismail dan Ikhtiman Ismail lebih terkenal sebagai komposer dan penerbit rakaman.
Kehidupan peribadi
Oja pernah melangsungkan perkahwinan sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin buat kali pertama pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Beliau berkahwin buat kali kedua pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2010.
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada tahun 2016. Perkahwinan tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Kerjaya
Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun. Drama pertamanya adalah Alahai Anak Omak pada tahun 1989.
Beliau bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995).
Selepas tamat tingkatan 5, Oja terus aktif sebagai pemuzik. Beliau membuat persembahan di kelab, hotel dan pelbagai acara di seluruh Malaysia dan telah bersama membuat persembahan bersama lebih 50 band muzik
Oja mahu mencipta lagu untuk kumpulan Spoon lalu menubuhkan syarikat rakaman Tunable Record Sdn Bhd. Namun pelbagai masalah timbul terutama isu penyanyi menyebabkan Oja terpaksa menjadi bidan terjun. Susunan muzik asalnya untuk kesesuaian Azlong, adik kepada Along tetapi susunan tersebut tidak sesuai dengan key suara Oja menyebabkan nyanyian Oja kedengaran pelik. Akibatnya Oja dikritik hebat oleh peminat Spoon. Oja membuat keputusan untuk keluar daripada Spoon dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Tunable Band bersama dengan dua bekas anggota kumpulan Spoon, Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 37, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 37, (dram). Oja berpendapat Spoon adalah satu nama besar dan mempunyai peminat yang sangat fanatik.
Pada tahun 2020, Oja telah menyertai program realiti Gegar Vaganza.
Gegar Vaganza 2020
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 7)
Oja merupakan salah seorang bintang yang menyertai program Gegar Vaganza untuk musim ketujuh (GV7) terbitan Astro bagi tahun 2020. Berikut merupakan jadual lagu tugasan yang diberikan pada setiap minggu.
Minggu | Tema | Lagu Tugasan | Penyanyi Asal | Kedudukan | Markah | Anugerah |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Grand Konsert | Dasira | Oja | 11 | 61.50% | |
2 | Sama Naik | Sepenuh Hati | Kumpulan Spoon | 5 | 67.90% | Anugerah Digi Next Level |
3 | Cuba Try Test | Satu Peluang | Andi Bernadee | 7 | 63.00% | Bintang Cuckoo Healthy Home |
4 | Lagu Berhantu | Kebahagian Dalam Perpisahan | Shahir AF8 | 7 | 62.60% | |
5 | Tahu Tahu Sampai | Ketulusan Hati | Anuar Zain | 9 | 62.60% | |
6 | Double Special | Sembilu (duet bersama Black Hanifah) | Ella | 5 | 67.30% | |
7 | Take Over | Amalina | Santesh | 1 | 73.7% | Bintang Paling Power Meow |
8 (Suku Akhir) | GV Throwback | Memori Cinta Luka | Nassier Wahab | 5 | 59.60% | |
9 (Separuh Akhir) | Outstation | Biso Bonar Fantasia Musim Cinta | Hattan | 1 | 69.90% | Bintang Paling Power Meow |
10 (Final) | Konsert Akhir | Di sini Cinta Di sana Rindu (duet bersama Siti Nordiana) Jujur | Tajul dan Wany Hasrita Radja | 6 | 61.70% | Anugerah Digi Next Level |
Diskografi
Tahun | Judul | Penerbit | Edaran | Lagu Popular |
---|---|---|---|---|
1992 | Anak Jalanan | Khairool Idlan | Life Records | Dasira |
1993 | Cepat-cepat | Khairool Idlan | Life Records | Maafkan Aku Ibu |
1996 | Kerangka | Ikhtiman Ismail | Polygram | Persis Wajahmu |
Tahun | Judul | Penerbit | Edaran | Lagu Popular |
---|---|---|---|---|
1994 | Ceneke | Ikhtiman ismail | Suria Records | Apo Kono Eh Jang |
1995 | Apo Salah Eh | Ikhtiman Ismail | Suria Records | Apo Salah Eh |
Rujukan
Pautan luar
- Oja di Instagram