Amen Khalid

The basics

Quick Facts

PlacesMalaysia
BirthPerak, Malaysia
The details

Biography

Mohd Khalid Amen Mohamad (lahir 1995 di Perak, Malaysia) ialah seorang penyunting dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyunting untuk beberapa filem arahan bapanya, Allahyarham Mamat Khalid termasuk Rock Oo! (2013) dan Hantu Kak Limah (2018). Amen juga pernah berlakon dalam filem Apokalips X (2014), filem cereka sains pasca-apokaliptik arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Kerjayanya sebagai pengarah bermula apabila beliau diberi tanggungjawab mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang tidak sempat diarahkan oleh bapanya yang meninggal dunia pada 24 Oktober 2021 akibat penyakit jantung. Ditayangkan di Astro First pada 3 Mac 2022, filem ini menerima kejayaan meluas dan beliau sendiri menerima pujian sebagai pengarah.

Kehidupan peribadi

Amen Khalid ialah anak keempat daripada lima beradik. Bapanya ialah pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid dan ibunya ialah Hasmah Hassan. Adik-beradiknya yang lain ialah Khalid Zaffa, Khalid Adam, Nor Sara dan Nor Hasanah.

Filemografi

Filem

TahunTajukDikreditkan sebagaiPerananCatatan
PenyuntingPengarahPelakon
2013Rock Oo!
2014Zombie Kilang Biskut
Apokalips XAmen
2015Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
2016Rock Bro!
2018Hantu Kak Limah
2020Rock 4: Rockers Never Dai
Manap Karaoke
202118 Puasa di Kampong Pisang
2022Kampong Pisang Berbuah Dua KaliFilem arahan pertama
Rajawali
202419 Puasa Playboys Of Plastik Hitam
Sahul Bhai

Telefilem

TahunTajukDikreditkan sebagaiPerananSaluran TVCatatan
PenyuntingPengarahPelakon
201716 PuasaAstro First Eksklusif
201917 Puasa

Televisyen

TahunTajukDikreditkan sebagaiPerananSaluran TVCatatan
PenyuntingPengarahPelakon
2020Kampong Pisang Bersiri-siriAstro Citra
2022Warong Pak JabitDirinya sendiriAstro Ria

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2024. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.