Biography
Lists
Also Viewed
Quick Facts
Intro | Malaysian actress | |
Places | Malaysia | |
is | Actor | |
Work field | Film, TV, Stage & Radio | |
Gender |
| |
Religion: | Islam | |
Birth | 1990 | |
Age | 34 years |
Biography
Aisya Hasnaa binti Umaruddin (lahir 22 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada cef selebriti terkenal, Anis Nabilah Umaruddin. Aisya terkenal dengan peranan sebagai Julia dalam siri drama Romi Cinta Julia (2014) dan sebagai Karina dalam Jurnal Suraya (2017).
Kehidupan awal
Aisya dilahirkan pada 22 Ogos 1990 di Subang, Selangor dan berdarah kacukan Melayu-Pakistan. Beliau merupakan anak keenam daripada lapan beradik, salah seorang adik-beradiknya ialah kakaknya, Anis Nabilah yang juga bergiat aktif dalam bidang seni sebagai pengacara dan cef selebriti. Beliau merupakan lulusan di Universiti Sunway.
Kerjaya
Aisya Hasnaa memulakan kerjaya awal di arena hiburan tanah air pada 2011, sebagai model sambilan dan kemudiannya menjadi penyanyi. Beliau pernah mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Lagu Mahu Kamu" di bawah syarikat rakaman Wake The Baby Records milik Ajai.
Aisya bersama tiga adik-beradik perempuannya, termasuk kakaknya Anis Nabilah muncul dalam rancangan drama realiti The Dream Sisters yang mengisahkan perjalanan 4 gadis jelita dalam menggapai cita-cita dan impian yang mereka hajati melalui perspekstif diri dan inspirasi yang diperolehi dari ibu bapa mereka. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9 pada 28 Januari 2013. Menerusi siri ini, Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian ke London.
Pada 15 Februari 2014, beliau muncul bersama Beto Kusyairy dalam filem pendek bertajuk Cerita Satu Malam arahan Nazri M. Annuar yang bersiaran di TV9 menerusi slot 9X Shorties. Aisya membuat penampilan filem sulungnya menerusi peranan kecil dalam filem Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia. Beliau menyertai barisan pelakon drama rantaian Romi Cinta Julia yang disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula 27 Februari 2014; Aisya memegang watak sebagai Julia; digandingkan bersama Syarul Ridzwan.
Beliau muncul dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), dan diikuti oleh kesinambungannya Juvana 3: Perhitungan Terakhir (2016), yang kedua-duanya arahan Faisal Ishak. Aisya bersama Sherry Alhadad, Nadia Aqilah Bajuri dan Ruzana Ibrahim menjadi tunjang utama pementasan teater Mencari Sumaiyah arahan Dira Abu Zahar yang dipentaskan di Istana Budaya dari 8 hingga 14 Ogos 2016. Pada September 2016, Aisya muncul dengan single terbarunya, "Usah Ditanya" di bawah syarikat rakaman Octave Records.
Aisya memegang watak sebagai Karina dalam siri TV waktu perdana Jurnal Suraya yang mengisahkan penderitaan seorang penghidap leukemia yang dijayakan oleh Nad Zainal. Aisya muncul dalam drama rantaian Unifi TV, Mek Gyver terbitan A. Aida Production, mengisahkan tentang kehidupan Zara yang mahir melakukan kerja baik pulih.
Kehidupan peribadi
Pada 9 Disember 2017, Aisya berkahwin dengan Muhammad Yasir Azizan yang dikenalinya sejak zaman persekolahan. Pasangan ini telah dinikahkan oleh imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz. Aisya menerima mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran sebanyak RM15,000. Beliau mula mengenali suaminya sejak berusia 13 tahun dan pernah belajar di sekolah sama. Aisya dan Yasir mengikat tali pertunangan pada 2 September 2017.
Abang sulungnya, Adam Emir (lahir 1979) meninggal dunia pada 6 April 2016 pada usia 37 tahun. Sejak itu, Aisya mengambil keputusan untuk bertudung.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Cerita Satu Malam | Nazri M. Annuar | Filem pendek | |
Dollah Superstar | Rina | Kabir Bhatia | Filem pertama | |
2015 | Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan | Dirinya sendiri | Faisal Ishak | |
2016 | Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Penampilan khas | ||
2017 | Kau Takdirku | Amy | Jason Chong |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | What If | 8TV | ||
2014 | Romi Cinta Julia | Julia | TV3 | |
2016 | Ketupat Palas Mr. Handsome | Natasha | TV3 | |
2016-17 | Percayalah | TV1 | ||
2017 | Jurnal Suraya | Karina | TV3 | |
Mek Gyver | Zara | HyppTV | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Zulaikha | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Kopi Dan Dia | Zizi | |
2014 | Nota Untuk Sang Awan | Melia | TV2 |
2015 | Bulan Tiada Madu | Luna | TV9 |
Cinta Bulan Disember | Liyana | TV3 | |
2017 | Saling | ||
Encik Ustaz | Mawar | ||
Cinta Kholdi | |||
2018 | Aku Menteri Dapur | Sofi | TV2 |
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2016 | Mencari Sumaiyah |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | The Dream Sisters | Dirinya sendiri | TV9 |
Diskografi
EP
Tahun | Tajuk |
---|---|
2011 | Aisya Hasnaa |
Single
Tahun | Tajuk | Penyanyi undangan |
---|---|---|
2011 | "Lagu Mahu Kamu" | |
2016 | "Usah Ditanya" | |
2017 | "Kan Bersamamu" | W.A.R.I.S. |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Anugerah Planet Muzik 2011 | Artis Baru Wanita Terbaik | Dicalonkan |
2014 | Festival Filem Malaysia ke-27 | Pelakon Harapan Wanita Terbaik | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Aisya Hasnaa di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Aisya Hasnaa di Facebook
- Aisya Hasnaa di Twitter
- Aisya Hasnaa di Instagram