Johor Bahru, Johor Bahru District, Johor, Malaysia
The details
Biography
Aidil Alias Pelakon Lelaki Malaysia.
Pelakon Lelaki Malaysia
Drama pertama di lakonkan pada tahun 2009 iaitu drama Akademik Polis 4 arahan Yusof Kelana. Pada mulanya hanya sebagai pelakon tambahan tidak berdialog, tetapi ditukarkan kepada watak Polis berdialog. Bermula dari situ, beliau mula mengorak langkah didalam dunia lakonan. Tetapi disebabkan kerjaya hakiki yang padat dalam bidang Sales & Marketing dan menjadi pengedar Sah 4Life Transfer Factor, beliau hanya memilih watak-watak yang sesuai sahaja.
Kerjaya yang selalu berhadapan dengan pelbagai orang membuatkan beliau berani untuk berhadapan dengan kamera. Beliau tidak mempunyai apa-apa sijil atau menyertai apa-apa bengkel berkaitan lakonan tetapi dengan bakat semulajadi, suka mempelajari, displin yang tinggi dan menerima teguran, beliau diperkenalkan dan ditawarkan untuk memegang watak-watak pelakon pembantu dan pelakon utama untuk drama bersiri dan dokumentari.
Mula dikenali pada 2012 apabila memegang watak utama sebagai Rahim arahan sutradara Mior Hashim Manap dalam drama 12 episod TV AlHijrah , Warkah Cinta adaptasi dari novel nukilan Ustaz Cinta A. Ubaidillah Alias, Warkah Cinta Berbau Syurga bergandingan bersama Imam Muda Nazrul dan Nur Heliza binti Helmi. Selepas mendapat jumlah penonton tertinggi, drama patuh syariah ini menjalankan penggambaran untuk kesinambungannya bertajuk Cinta Dan Wahyu adaptasi dari novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu berganding bersama Imam Muda Nazrul dan Amyra Rosli, 12 episod di TV Alhijrah.
Juga dikenali sebagai Ahli Farmasi untuk Iklan Panadol Optizorb pada 2018.
Filemografi
Filem
Tahun
Tajuk
Watak
Produksi
Catatan
2015
Mama & Macha
Mr K (Pelakon Pembantu)
Dream Pix Media Sdn Bhd
Tidak Dapat Ditayangkan
Drama
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran TV
Produksi
Catatan
2009
Akademi Polis 4 (Musim 4)
Inspector Halim (Pelakon Tambahan)
TV9
Skop Production
Drama Pertama
2012
Warkah Cinta (Musim 1)
Rahim (Pelakon Utama)
TV Al-Hijrah
Al-Kahfi Pictures
Drama Islamik Patuh Syariah
2013
Cinta Dan Wahyu (Musim 2)
Rahim (Pelakon Utama)
TV Al-Hijrah
2014
Ryujin Juwara
Coober (Pelakon Utama - Monster)
TV3
Double Vision
Sarung Costume Monster
Projek Memikat Suami
Brotha Noh (Pelakon Pembantu)
Astro Ria
Global Station
Watak Chinese Mualaf Australia
2015
Syurga Nur
Ustaz Azim (Pelakon Pembantu)
TV3 Slot Akasia
JS Pictures
2016
Awak Sangat Nakal
Tuan Syed Muda
Astro Ria
Orangetree Production Sdn. Bhd.
2021
Penjara Janji
Ahcai
TV3 Slot Samarinda
JS Pictures
1st Ramadhan 2021 (April 2021)
Telefilem
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran TV
Produksi
Catatan
2012
Timah Lambak
Meon (Pelakon Pembantu)
Astro Prima
Nizarman (M) Sdn Bhd
2014
Dari Pintu Neraka
Ustaz Penjara (Pelakon Pembantu)
TV3
JS Pictures
Pulangnya Tok Misai
Ustaz Rizal (Pelakon Utama)
HyppTV VOD
Viper Studio (Skop Production)
2015
Penghuni Lama
Ustaz Azhar (Pelakon Utama)
HyppTV
Viper Studio (Skop Production)
2016
Alim Alim Kucing
Zahar (Pelakon Pembantu)
TV1
FIMTAB SB
2017
Janji Allah
Rosli Posmen (Pelakon Utama)
TV1
Al-Kahfi Pictures
TV Commercial
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran TV
Produksi
Catatan
2018
Panadol Optizorb
Ahli Farmasi (Pelakon Utama)
Semua stesen TV
Medifacts
Iklan
Dokudrama
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran TV
Produksi
Catatan
2016
Pengakuan - Episod Tokan
Ali (Pelakon Utama)
TVi
Lakonan Semula - Kisah Benar
Shortfilem (Media Sosial)
Tahun
Tajuk
Watak
Saluran Media
Produksi
Catatan
2020
Penarik Kereta Atau Gangster
Lee (Pelakon Utama)
Facebook, Instagram, Youtube
Icon Production (PPIM)
Viral 2 hari 2 juta view
AhLong Cari Pasal Di Tempat Awam
AhLong (Pelakon Utama)
Social Experiment
Nabil Tak Nak Susahkan Ayah
Ayah (Pelakon Utama)
Rezeki Terakhir - PERKESO
Kamal (Pelakon Utama)
Video Kesedaran PERKESO gandingan bersama Beto Kusyairy
The contents of this page are sourced from Wikipedia
article on 11 Jul 2024.
The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.