Abdul Samad Gul Ahmad Mianji

Malaysian politician
The basics

Quick Facts

IntroMalaysian politician
PlacesMalaysia
wasPolitician
Gender
Male
Birth1935
Death1967 (aged 32 years)
Politics:Malaysian Islamic Party
The details

Biography

Abdul Samad bin Gul Ahmad Mianji ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1964 hingga kematiannya pada Julai 1967. Jawatan terakhir beliau selain Ahli Parlimen ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Kematian

Abdul Samad Gul dibunuh pada 3 Julai 1967 di Jalan Hulu Pasar, Kota Bharu. Beliau telah ditetak dengan kapak kecil pada bahagian telinga dan tengkuk sehingga berlaku pendarahan yang banyak dan mengakibatkan kematian. Beliau dikatakan keluar dari Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, selepas menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi, dan ditetak ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta miliknya pada jam 12.15 tengah malam. Beliau disahkan meninggal dunia pada 6.00 pagi, 3 Julai 1967 akibat kecederaan otak.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 19 Dec 2023. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.