Biography
Also Viewed
Quick Facts
Gender |
|
Biography
Datuk Haji Abdul Malik Ishak merupakan Hakim Mahkamah Rayuan di Malaysia yang dilantik pada 16 Julai 2007. Anak kelahiran Skudai, Johor ini lulusan undang-undang dari Universiti Singapura (1974) .Beliau menjadi majistret, timbalan pendakwa raya , penasihat undang-undang negeri Johor, Hakim kanan Mahkamah Sesyen dan pengerusi lembaga penasihat di Jabatan Perdana Menteri. Peguamcara Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan juga Peguam dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga telah dianugerahkan sijil kehadiran daripada University of Illinois, Chicago.
Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 17 Ogos 1994. Pada 1 Oktober 1992 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Kerjaya
- Pegawai Undang-Undang, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Kuala Lumpur.
- Majistret Kelas Pertama di Kangar, Perlis; Jitra, Kedah; Alor Setar, Kedah; dan [[Langkawi], Kedah.
- Timbalan Pengarah, Biro Bantuan Guaman Melaka, Muar, Segamat dan Seremban.
- Majistret merangkap Presiden, Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor.
- Presiden Kanan, Mahkamah Sesyen, Taiping, Perak.
- Timbalan Pendakwa Raya berkhidmat di Kedah, Perlis and Penang.
- Timbalan Kanan Pendakwa Raya berkhidmat di Perak.
- Peguam Persekutuan Kanan dan Timbalan Kanan Pendakwa Raya berkhidmat di Kota Kinabalu, Sabah.
- Penasihat Undang-Undang Negeri merangkap Timbalan Kanan Pendakwa Raya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah.
- Hakim Kanan Sesyen, Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.
- Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
- Pesuruhjaya Kehakiman, Kuala Lumpur dan Taiping, Perak.
- Hakim Mahkamah Tinggi, Taiping, Perak, Johor Bahru, Johor and Kuala Lumpur.
- Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil 5, Dagang 4 and Sivil 6)
- Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Oktober 1992, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 17 Ogos 1994.
Anugerah
Beliau menerima Darjah Setia Di Raja Kedah (SDK), Dato’ Setia Di Raja Kedah (DSDK) dan Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ).
Kertas kerja perundangan
Abdul Malik Ishak membentang kertas kerja di Simposium Antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada tahun 1990. Pada 1991, menyampaikan kertas kerja “Criminal Justice and the Penal System, Issues and Initiatives in Malaysia” di Manila,Filipina . Pada 1994,menyampaikan kertas kerja “Some Legal Aspects of the Drug Problems in Malaysia – A Perspective” di Hong Kong dan dilaporkan dalam (1995) 1 CLJ cxxv.
Pada 1996, membentangkan Perundangan Anti Dadah Malaysia di St Petersburg, Russia.1996, di Jakarta, Indonesia membentangkan kertas kerja “Legal Collaboration in the Asean Region for a drug free world” . Pada 1995, berkursus di Munich, Jerman tentang 'Kesalahan Paten dan Hakcipta'. Pada tahun 2000,di Bangkok, Thailand membentangkan kertas kerja “Drug Legislations in Malaysia” .